Saturday 26 November 2011

I am your SUPERMAN!!


There are no words, 
To paint a picture of you girl. 
Your eyes and those curves,
Is like your from some other world.
You walking my way,
Oh God is so frustrating.
So why do I disappear, 
When you come near,
It makes me feel so small.
Why do I blow my lies,
Most every time,
Like I've got no chance at all.

If I could be your superman,
Flying to the stars,
And back again.
Cause every time you touch my hand,
And you feel my powers, running through your veins.
But I can only write this letter, 
And tell you, That I'm not that strong.
Cause I'm no superman,
I hope you like me as I am.


No it ain't no lie,
I have to tell you how I feel.
But each time that I try,
It gets a little more unreal.
You say my name,
Oh God I can't stop shaking.
So why do I disappear,
When you come near.
It makes me feel so small.
If I could read your mind,
Girl would I find,
Any trace of me at all.

Oh girl, you are everything.
You bring happiness and smile to me,
And I hope it will last longer,
Hopefully forever <3

Friday 25 November 2011

Dulu-dulu tu -.-''

Entry kali ni berdasarkan pengalaman aku sebagai budak yg bru membesar :) dulu memang seronok.. aku sure some of you guys out there also face the same things :) lols bace la dulu baru tahu...

* kat skola ade salesman jual buku cerita. ari ni bg list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau. salesman susu pon camtu gak.
* kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gamba je. bile ade program Nilam, sebok semua nak pinjam buku.
* RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm....
*gosok gigi ramai2 kat tepi longkang..
* pakai pensel box yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.
* main lwn pemadam, syg nak guna utk padam. padahal itu fungsi sbnr, utk padam!
* pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu. * cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pgg pon kat situ.
* bulu ayam jd ramping krn sering dijadikan rotan.
* time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh. ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la...
* main game 2D. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape.
* jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.
* takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...
* balik skola beli JoJo xpon Dendang. Tora pon best gak. Beli se mata2 nak mainan, coklat die x mkn pon.
* Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV bole tembak alien tu...
*time waktu sekolah, org len bawak buku, kebanyakkan kite bwk keta dash, tamia pastu men dlm longkang... bwk charger g sekolah lagi... yang paling x tahan... bis satu sekolah blackout sbb charge kat plug dlm kelas....
* Siri kartun; power rangers, ultraman, ninja turtles, Thundercats, dragonball, Gaban dan mcm lg. 


Jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 x smpt lyn bende2 ni..asyik ngadap tv n ps.. 
Aku sure ade yg tersengih2 membace bende nie tp ini adalah pengalaman kite yg budak2 sekarang tak dapat kan. Jadi bersyukur la dengan ape yg kita dapat :)

Wanita dan Fesyen part 1 -.-''



Satu Soalan Buatmu Wanita,

Pandang kanan, awek shawl merah jambu ala-ala yuna. baju sendat. vogue.

Pusing kiri, awek shawl kelabu bak hana tajima. tengkuk terdedah. gorgeous.

Tengok depan, awek legging rambut rebonding paras belikat. baju lengan pendek. stylo.

Toleh belakang, awek skinny dengan blouse labuh tutup punggung. tak bertudung. heels 4 inci. WOW.

***

Satu soalan buatmu wanita,
~memang itu ke yang korang nak? berfesyen tanpa meletakkan agama di depan? fesyen didahulukan, agama dikemudiankan?

Satu soalan buatmu wanita,
~ selesa ke dengan penampilan sebegitu? menjadi perhatian kaum lelaki yang sememangnya mata keranjang? segenap tubuh diratah mata manusia?

Satu soalan buatmu wanita,
~apa tujuan korang berpakaian sedemikian? mahu tampak gah di kalangan teman-teman? sentiasa di atas? lepas tu apa? riak? takbur? bangga?

Satu soalan buatmu wanita,
~adakah dengan berbaju kurung bertudung litup korang akan dianggap kuno? adakah dengan fesyen lilit-lilit shawl akan jadikan seorang yang up-to-date? nahh~

Satu soalan buatmu wanita,
~adakah dengan berpakaian sopan akan menjejaskan kecantikan korang? akan menjadikan korang hodoh? nampak kecundang dalam dunia moden?

Satu soalan buatmu wanita,
~kalian berfesyen untuk kepuasan sendiri bukan? tapi pernahkah kalian sedar bahawa diri kalian takkan pernah puas?


Satu jawapan dari kami,
~seorang perempuan yang tertutup sempurna auratnya lebih bernilai di mata lelaki untuk dijadikan teman seumur hidup.

Satu jawapan dari kami
~kecantikan seorang wanita yang menjaga auratnya dari dipandang lelaki yang bukan halal baginya adalah lebih mahal dari dunia dan segala isinya.

Satu jawapan dari kami
~kecantikan si berbaju kurung yang bertudung takkan dapat ditandingi oleh yang lain. cantik, cun, ayu, dan sopan. apa lagi yang kalian nak?

Islam membenarkan fesyen tapi islam jugak melarang tabarruj. Allah tak suka mereka yang berlebih-lebihan. tahu? jadi bersederhanalah!~

“Sepantas mana pun kau lari untuk mengejar kepuasan dirimu, kau takkan pernah dapat mencapainya kerana kepuasanmu yang sebenar berada diantara kamu dengan penciptamu, ALLAH SWT.. Setiap perlakuan dalam diri kita pasti dinilai juga :) harap bersama kita bersatu.. 

Thursday 24 November 2011

Ingatan kita-kita -.-''


Nak kata dah kahwin
Rasanya belum lagi
Bila tanya bila nak kahwin
Entahlah tak tau lagi..

Perangai mengalahkan orang dah kahwin
Berkepit sana sini
Padahal bukan muhrim
Ikut trend masa kini.

Nak kata tak belajar agama
Kecik-kecik mak dah hantar
Sekarang nak salah siapa kalau buat dosa
Sendiri bangang sbb tak ikut apa yg diajar..

Suruh sembahyang nanti…nanti
Bf/gf telefon terus pergi
Nak bersyukur atas nikmat tuhan tak reti-reti
Bf/gf yang topup 3ringgit tulah yg di puji..

Kalau diri dah gatal sangat
Kahwin jer cepat lagi selamat
Nie couple tak der matlamat
Sajer suka-suka penuhi syarat..

Orang couple dia nak couple
Tak sedar diri tu papa kedana
Papa ilmu papa agama
Macam mana bercinta cara islam tu nak dijana.?

Bukan mengata bukan mengumpat
Siapa suruh buat wayang tak bertempat
Kalau tak suka diri diumpat
Jangan buat perkara tak tepat..

Tulah tuhan bagi akal tak pakai
Tuhan kasi hati tak tahu menilai
Diri sendiri yang lalai
Baik buruk pun tak tahu nak nilai.

Nasib baik Tuhan tu..Maha penyayang
Itupun nasib baik umur panjang
Ada peluang mengucap panjang
Minta ampun panjat doa memanjang..


Perkara lepas jangan dikenang
Pintu taubat terbuka luas
Hidup bukan untuk bersenang-senang
Meraih dan mencari reda Allah yg maha Luas..

Tiada manusia yang tak buat silap
Bumi yang mana tak ditimpa hujan
Iman dan takwa benteng bersiap
Terimalah ia sebagai ujian..


p/s: kepada sume,, tunggula cinta dan jodoh yang telah disediakan.. pasti muncul suatu hari nanti :)

Bahasa Melayu SPM

Adik-adik yang baru nak amek SPM tu, kat sini ade beberape tips untuk korang mendapat markah yg tinggi dalam karangan Bahasa Melayu..

Karangan korang mestilah ade peribahasa yg menarik, catchy and most important masok la dengan tajuk korang tu.

Kat sini ade la beberapa peribahasa gempak utk boost markah korg tu..


1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah

2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan

3. Tiada rotan, pelempang berguna juga

4. Biar lambat asalkan tak cepat

5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi

6. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula

7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar

8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock

9. Secupak takkan jadi 18 cupak

10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkan kulit,

manusia mati meninggal dunia

11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.

12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap

13. Alang-alang mandi biar guna sabun

14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras

15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun

16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang... bisu

17. Hidup segan, mati di tanam

18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa

19. Lembu punya susu cap teko dapat nama

20. Sehari selembar benang lama-lama benang habis

21. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail

di laut (beli la pukat tunda lagi baik)

22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa

23. Membujur lalu melintang pukang

24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik

hari tak hujan

25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut

26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili

27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh belah


Menarik and sure penanda korang setuju dgn penggunaan peribahasa korang nie. Hopefully membantu la kan. dapat laa markah yg tinggi. A+ lagi :)

p/s: just gurauan dalam kebosanan :) don't take it seriously as I stated them as jokes ok :)

Friday 18 November 2011

Did we realize?

This is wonderfuland the thoughts at the end are so true!

Never look down on anybody, unless you're helping them up.

Please read the following quietly then send it back on its journey



To realize
the value of a sister/brother
ask someone
who doesn't have one.

To realize
the value of ten years:
ask a newly
divorced couple.

To realize
the value of four years:
ask a graduate.

To realize
the value of one year:
ask a student who
has failed a final exam.

To realize
the value of nine months:
ask a mother who gave birth to a stillborn.

To realize
the value of one month:
ask a mother
who has given birth to a premature baby..

To realize
the value of one minute:
ask a person
who has missed the train, bus or plane.

To realize
the value of one-second:
ask a person
who has survived an accident.

Time waits for no one.
treasure every moment you have.

You will treasure it even more when
you can share it with someone special.
 

<3 always be there..

Thursday 10 November 2011

10 Tips Sayang-sayang..


1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya pasti akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa. Manusia berubah dari masa ke semasa. Tiada apa yang kekal! Nothing is permanent! Don't have your hope high. People change, friends become strangers! Lovers become friends and People Leave.

2. Sayangi dia seadanya, Terima buruk dan baiknya. Di dunia terdapat hampir 7 billion manusia dengan 7 billion personaliti. Setiap orang adalah istimewa dengan identiti sendiri so biarkan mereka begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang kerana sekali tersilap langkah pasti akan terus untuk mengubahnya. Tentu kita masih ingat, kita terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk kita mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk kita. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri kita. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya. Mempermainkan perasaan seseorang hanyalah akan menyakitkan hati kita pada masa akan datang.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan kita merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati. Jangan memaksa. Paksaan akan membuatkan rasa tidak selesa! Pastikan sama2 mendapat keselesaan agar hubungan yang dijalin lebih erat dan bermakna.

5. Yakinkan diri si dia akan keistimewaannya pada diri kita. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak kita mula terpikat padanya. Si dia adalah istimewa pada diri kita! Si dia pasti akan merasa dihargai dan diterima oleh kita seadanya. Hal ini akan mengeratkan hubungan kita.

6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan kita akan sentiasa meletakkan diri kita di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika kita sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia. Lagipun percaya adalah elemen yang amat penting! Simple thing can affet other thing. Believe one another :)

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi kita mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk menyanyanginya.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati kita kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan. At least satu message cukup untuk memuaskan hati seseorang. Satu message dapat memuaskan pasangannya kerana masih mengingati dan tidak lupa untuk bertegur~

10. Jangan cepat berbangga dengan diri kita, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak kita perolehi setelah kita berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih kita adalah kerana dia percaya bahawa kita adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Kita telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga kita berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.


bukan semua yang ditulis adalah betul! namun kebanyakkan orang mempunyai perasaan yang sama dan mahukan yang terbaek~ renung-renungkan dan selamat beramal :)

Tuesday 8 November 2011

Khas for the future part 1

tajuk entry da bunyi pelik da. tapi sebab kebosanan yang melampau ok kot! lagipun da lama tak meng-update blog nie. sibuk nak exam..sekarang dalam musim study week! buku2 and always buku again :)


1- simple thing that I'm sure many women out there can do this. wear HIJAB or tudung :)and tutup Aurat! it's may look simple for someone but for me I think the first thing to judge a women is their appearance.. not all women ready to wear hijab but all women can wear hijab right? everyone are taught to wear hijab since small.. there's nothing wrong in wearing hijab.
'Dua gula2 jatuh ke tanah. satu maseh berbalut dan lagi satu sudah terbuka balutan, Untuk seorang yang normal akalnya pasti memilih yang masih berbalut. malah yag tidak berbalut pasti kan di datangi oleh lalt dan semut' 
this simple example is enough to explain that a women with hijab is more valuable than someone which is free hair. 

2- a women must know how to COOK! haha tak perlu la jadi seperti Chef Wan ok. you know how to cook a few dishes still ok. kalau tiap hari nak makan kat kedai baik la aku kahwin dengan makcik kat kedai makan tu. tak perlu bazir2 duet kan. one more~ air tangan isteri dapat melembutkan hati si isteri kan. so boleh la nak mintak ape2 senang. korang pun bahagia! so simple thingcan change a few others things :) so start to learn how to cook today. Mak kan ade,. so go learn from her


3-hormat orang tua. hubungan yang baik dengan orang tua dan adik beradik. sume orang nak yang baik for sure! when a persons respect the elders and have a good relationship with their family.. Insya'Allah that persons will be okay with anyone out there. If she can respect her parent why not she will respect ours and when she dare to betray her parent, she will do the same to others. Bare in mind~ when she respect a small thing then she will respect others. :)

4- cantik diluar perlu juga cantik didalam. cantik diluar sementara namun cantik didalam mamu menjadi cahaya kepada kita, #aicehh. haha kalau la cantik dan solehah lengkap pakej.. haha untung dapat seorang seperti tu, senang nak didik anak pun tak menjadi masalah. haha ok aku mengarut la! tapi siapa yang taknak seorang yang solehah kan. so think yourself la!

p/s: aku just kebosanan tahap gaban and tried to enjoy myself by write something yg weird giler. sorry sape2 yg bace ea.. haha! so will continued with part 2 la.. ye la nak cari for the future mesti la yg terbaek kn. takkan la nak yg biase2 je kan. for the girl out there, you know what type of girl that a man want! :)

lelaki seperti aku -.-'' LOL


Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan

Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu

Ceritanya aku sedang belajar setia
Makanya dari itu kamu jangan memaksa
Kerna aku memang tak suka mendua


Ok! aku ade cerita berkaitan lagu kat atas nie. aku bukan nak maenkan perasaan sesiapa tapi aku tak mampu nak berterus terang dengan kau yang aku sudah berpunye. sorry la kalau kau dendam lagi dengan aku sampai sekarang even da lebih sebulan kot hal nie. aku taknak any relationship with u la. enough just being a good friend like others. why they can be like that and why not u? aku taknak cakap tapi bercinta bukan satu cara untuk cemerlang la wei. we are under same scholar and we got our responsibility towards our sponsor right? so let it finished first. then we will think about the next steps. aku tak pandai macam kau, aku need time to study! focus to my study. I learn from my mistakes in SPM la. aku fail to get straight A's because of a girl. sincerely! so why I want to repeat the same mistakes for the second time? please understand each other la. ok! aku akan explain more on next entry~ aku nak study for my exam. once again- I'M SORRY...

Thursday 27 October 2011

Dirimu begitu berharga


Dirimu sungguh berharga..
Walau hanya seorang gadis biasa yang sederhana pada cara dan gaya...
Tanpa eye shadow dan pemerah pipi,..
Tanpa wangian semerbak yang menarik perhatian,..
Tanpa gemerincing loceng gelang kaki...
Tanpa tumit tinggi yang berdetak detak,..
Tanpa tudung singkat dan selendang jarang yang mendedah dada,..
Tanpa pakaian menjolok mata....

Tapi susah hendak dicari ?

Pada zaman sekarang..
Memanglah....
Jiwa muda....
Warna-warni menggamit mata...
Rasa ingin mencuba membara-bara...
Rapi harus sedar diri,...
Tanpa semua itu pun,...
Kamu sudah pun menjadi perhatian...


Pilihlah untuk menjadi hanya gadis biasa,. 
Biar tidak up to date,. 
Biar tidak bergaya..

Yang Penting hati dan amalannya.. 
Jika Dipandang.. Sejuk Hati Rasanya..
Masallah.. Wanita..


p/s: ingatlah wahai wanita.. dirimu amatlah berharga.. jagalah segala amalan mu.. InsyaAllah dirimu akan sempurna bahagia.. wanita adalah permata di dunia :)

Tuesday 18 October 2011

you are MORE :)


Well you tries to believe it, That you have been given new life
But you can't shake the feeling, That it's not true tonight
I am waiting for your answer..

You knows all the answers, And you have rehearsed all the lines
And so you will try to do better
But then you are too weak to try
I am still waiting for your answer...

But don't you know who you are?

You are more than the choices that you've made,
You are more than the sum of your past mistakes,
You are more than the problems you create,
You've been remade.


Because this is not about what you've done,
But what have been done for you.
This is not about where you've been,
But where your brokenness brings you to...


I know I'm not alone
I'm not the only one who is broken
And I know I'll never let you go
I could watch the world pass by
Just as long as it's you and I

You and I
I watch you take over
I'll give you this offer
Take my hand and we will run away
Leave behind our past to stay
Decaying till its rotten
We'll have long forgotten
The memories that will haunt your heart


p/s : just keep wondering who will be the one who grab the chance :) currently me, myself and I

Monday 17 October 2011

I Heart You :)




My heart's a stereo
It beats for your, so listen close
Hear my thoughts in every note

Make me your radio
Turn me up when you feel low
This melody was meant for you
Just sing along to my stereo

My heart's a stereo
If I could only find a note to make you understand
I sing a song and the image grab me by the hands
Keep myself inside your head, like your favorite tune
And know my heart is a stereo that only plays for you

I only pray you never leave me behind
Because good music can be so hard to find
I take your hand and pull it closer to mine
Thought love was dead, but now you're changing my mind


You had chain me with your L.O.V.E :)
You are everything..

There's nobody that could save me 
No matter how long my knees are on the floor
So keep in mind all the sacrifices I have make
Will always keep you by my side
And keep you from walking out the door
of our H.E.A.R.T :)

Cause there'll be no sunlight
If I lose you,
There'll be no clear skies
If I lose you,
Just like the clouds
My eyes will do the same if you walk away
Everyday, it'll rain of tears


p/s : it's nothing actually, just a few thing that I expressed for the only O.N.E ^^ and wanna to update this blog o.O da berhabuk daa 

Thursday 13 October 2011

ISLAM dan kita :)

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada

anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada

kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada

satu

permainan...

Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan

kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini,

maka sebutlah

"Kapur!",

jika saya angkat kayu pemadam ini,

maka katalah "Pemadam!"

Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru

bersilih-ganti

mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat.

Beberapa saat kemudian guru kembali berkata,

"Baik sekarang perhatikan.

Jika saya angkat kapur,

maka sebutlah "Pemadam!",

jika saya angkat

kayu pemadam,

maka katakanlah "Kapur!".

Dan diulangkan seperti tadi,

tentu

saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk

mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok

lagi.

Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Guru tersenyum kepada anak muridnya.

"Murid-murid, begitulah kita

umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita

begitu jelas membezakannya.

Namun kemudian, satelah musuh kita

memaksakan

kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang

haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi

kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan

pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa

dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya.

Musuh-musuh

kita

tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni

akidah/hukum Islam

dari masa ke semasa.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina

tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa

rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan

yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa,

materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain."

"Semuanya

sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit

menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanya

Guru kepada anak muridnya.

"Baik untuk permainan kedua..." Gurunya meneruskannya......

"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda

berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil

Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"

Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan

selainnya.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil

Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet ..

"Murid-murid,

begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .. Musuh Islam tidak akan

memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ..Kerana tentu anda akan

menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam

dihina dihadapan mereka.

Tapi mereka akan monolak kita secara

ansur-ansur,

sehingga kita tidak sedar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang

kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.

Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn

tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu,

kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah

dihancurkan. ..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan

menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita.

Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga

meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan

mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini

semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran).

Dan inilah yang

dijalankan oleh musuh musuh kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?"

tanya

murid- murid.

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya

Perang

Salib, Perang Tartar, dan lain-lain.

Tapi sekarang tidak lagi."

"Begitulah Umat Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan

sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan,

kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun".

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita

berdoa dahulu sebelum pulang..


Friday 7 October 2011

pujangga P.E.N.S.I.L ! !

iktibar Sebatang Pensil

Pernah seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya yang sedang menulis.



“Apa ibu sedang tulis? Ibu menulis tentang siapa? Atau pengalaman ibu?”
...
“Ibu menulis tentang diri kamu, tapi ada yang lebih penting daripada itu iaitu pensel ini.”

“Apa yang istimewa tentang pensel ini?” tanya si anak.

“Ibu berharap hidupmu adalah seperti pensel ini. Walaupun sebatang pensel, ada lima nilai yang boleh kita pelajari daripadanya. Mahu tahu?”

“Iya, ibu.”

Pertama, pensel ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini. Jangan lupa, ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya. Maka, ingatlah akan adanya kuasa yang membimbing langkah hidupmu iaitu Allah SWT. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya.

Kedua, ketika menulis, pensel kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berhenti untuk mengasahnya. Pensel ini pasti menderita ketika diraut, tetapi hasilnya ia menjadi tajam dan bagus tulisannya. Begitu juga akan berlaku dalam hidup kamu. Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau sebab untuk dirimu menjadi lebih baik.

Ketiga, pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yang salah. Namun kita boleh memadamkan dan betulkan tulisan ini semula. Begitu yang ibu harapkan kepada anak ibu ini, sentiasalah memperbaiki kesalahan dalam hidup. Ia bukanlah sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki kesalahan, kita akan sentiasa berada di jalan yang benar.

Keempat, tahukah anak ibu mana yang lebih penting, luar atau isi pensel ini? Sudah tentu arang atau karbon di dalamnya. Oleh itu, berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kamu itu dan hindarilah.

Kelima, pensel ini selalu meninggalkan tanda atau goresan. Begitu juga kamu, apa sahaja yang kamu buat, pasti akan meninggalkan kesannya pada diri atau pada orang lain. Ibu harap kamu akan selalu berhati-hati dan bijak dalam bertindak


pensil juga mampu menjadi contoh terbaik bagi ibubapa untuk mengajar anak-anak. semua ibubapa mampu untuk memberi tunjuk ajar yang terbaik untuk anak masing-masing, renung-renungkan~

Friday 30 September 2011

C.I.N.T.A


CINTA itu fitrah yang suci, lahir dari sifat Ar-Rahim Allah sendiri. Sungguh, Allah tidak pernah melarang dan mengharamkan cinta, sebaliknya memberi petunjuk dan panduan kepada manusia agar membawa cinta itu kepada jalanNya.

Akan menghinalah mereka yang tak mengenal cinta

Sungguh cintamu padan-Nya wajar adanya

Mereka kata, cinta buat kau gila

Padahal kau orang paling faham agama

Ku katakan pada mereka

Mengapa kalian iri hati padanya?

Jawabnya

Kerana ia mencinta dan dicintai pujaan jiwa

Bila masanya Muhammad mengharamkan cinta

Dan apakah ia menghina umatnya yang jatuh cinta

Janganlah kita berlagak mulia

Dengan menyebut cinta sebagai dosa

Pedulikan apa kata orang tentang cinta

Entah yang berkata keras atau halus biasa

Bukankah manusia harus menetapi pilihannya

Bukankah kata tersembunyi tak bererti diam seribu bahasa.

Rasa nak bercinta, tidak perlu..

Kalau sudah berkenan, pendamlah hingga sampai masanya..

Tapi jangan rasa nak bercinta,kita luahkan segalanya..

Kerana luahan kita tu akan mempengaruhi kehidupan..


cinta tiada salahnya namun memerlukan masa yang betul dan tempat yang betul! tunggu sehingga mendapat keberkatan dari-Nya :) cinta adalah milik kita!

Friday 23 September 2011

the COLOURS of LIFE! ^^

 

there are many type of colours around the world, many of them are nice and bring a lot of meanings towards our life and also the culture. some of us also relate colours with religion and absolutely ourselves.

the main point here, I want to share some information about colours from islamic views :) and I'll take our beloved prophet Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam as example..

WARNA PUTIH

Mengenai warna putih, Ibnu Abbas r.a. diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Al-Hakim sebagai berkata bahawa Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam pernah bersabda, maksudnya: "Pakailah pakaian berwarna putih kepada orang yang masih hidup dan kafanilah dengan kain berwarna putih kepada orang-orang yang telah mati".

An Nasa'I dan Al Hakim meriwayatkan hadis daripada Samurah r.a. yang berkata, Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, maksudnya: "Pakailah pakaian berwarna putih kerana ia lebih suci (bersih) dan baik. Gunakanlah ia untuk pembungkus jenazah orang mati".

Imam Bukhari meriwayatkan hadis daripada Abu Zar Al Ghafari r.a. katanya, "Pernah aku datang kepada Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam ketika ia sedang tidur dan ia memakai pakaian berwarna putih".

Hadis lain yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah juga bahawa Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda maksudnya, "Sebaik-baik pakaian untuk mengunjungi (Tuhan) ke masjid atau menziarahi kubur ialah berwarna putih".

Ibnu Asakir meriwayatkan hadis daripada Aisyah r.a. kata Aisyah, "Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam memakai kopiah putih dan ia tidak pernah tinggal."

WARNA HIJAU

Mengenai warna hijau pula, Abu Daud dan At Tirmidzi meriwayatkan hadis daripada Abu Rimsah (Rifa'ah): "Aku telah melihat Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam memakai dua baju berwarna hijau".

Imam Bukhari, Abu Daud dan At Tirmidzi meriwayatkan hads dari Al Baraa bin Azib katanya, "Aku pernah melihat Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam memakai dua helai kain berwarna hijau buatan Yaman".

Ibnu Hajjar dalam Tanbih Al Akhbar memetik kenyataan salah seorang sahabat Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam berkata, "Pada hari raya kami disuruh memakai pakaian berwarna hijau kerana ia lebih utama dan dihukumkan sunat. Adapun warna hijau adalah afdhal daripada lain-lain warna sesudah putih."

WARNA HITAM

Mengenai warna hitam, terdapat keterangan daripada Hadis yang diriwayatkan oleh Imam At Tirmidzi dari sahabat Jarir bin Abdulllah r.a. katanya, "Telah masuk Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam ke negeri Makkah pada hari kemenangan menawan Makkah (Futuh Al Makkiah) dan aku melihat di atas kepalanya serban berwarna hitam." (Bahrul mazi juz 12)

Muslim, Abu Daud dan An Nas'I meriwayatkan hadis daripada Amir bin Hurais ra.a. yang berkata: "Aku pernah melihat Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam berada (berkhutbah) di atas mimbar dan di atas kepalanya terdapat serban hitam yang dihulurkan (ekornya) di antara dua bahunya:.

Ibnu Ady meriwayatkan daripada Jabir r.a. yang berkata: "Aku pernah melihat Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam berserban hitam yang dipakainya pada hari raya".

WARNA MERAH HATI

Imam Ahmad, Abu Daud, At Tirmidzi dan An Nasa'I meriwayatkan dari Abu Rimsah r.a. yang berkata: "Pernah aku melihat Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam berkhutbah dari atas baghalnya di Mina, sedangkan beliau berpakaian merah (merah hati) buatan Yaman".

Kata Syeikh Al Marbawi dalam Bahrul Mazi berkata: "Diharuskan seseorang lelaki itu memakai pakaian berwarna merah pekat sama ada baju, kain, seluar atau songkok (kopiah) kerana terdapat keterangan
bahwa Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam pernah memakainya. Warna tersebut ialah warna tidak bercorak (plain colour) bukan bercoreng-coreng atau berbunga-bunga. Adapun warna bercorak-corak atau bercelorong-celoreng dan berbunga-bungaan adalah dilarang (makruh)".

Abu Daud meriwayatkan hadis dari Hilal bin Amir r.a. katanya: "Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam itu bertubuh sedang dan saya pernah melihat baginda berpakaian hullah merah". (Hullah ialah yang kain
bercorak).

Al Baihaqi meriwayatkan hadis dari Jabir r.a., katanya: "Pernah Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam berpakaian yang bercorak merah pada dua hari raya dan pada hari Jumaat".

Dari Mahmud bin Ghailan dari Abdul Razaq dari Sufian As Sauri dari `Aun Ibnu Abi Juhairah dari bapanya, cerita bapanya: "Aku melihat Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam memakai pakaian berwarna merah(merah hati), warnanya memancar bagaikan cahaya dari celah kedua betisnya (kerana indah dan berseri)" (Hadis riwayat Bukhari dalam sohehnya).

Dari Ali bin Khasyram dari Isa bin Yunus dari Isril dari Abi Isyaq dari Al Bara bin Azib r.a. menceritakan, "Tiada seorang pun yang pernah aku melihat memakai pakaian berwarna merah yang lebih indah dan serasi warnanya daripada Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam.(Hadis riwayat At Tirmidzi dalam bab Al Libas dan Al Adabl; Soheh Bukhari bab Al Libas; Soheh Muslim; Sunan Abu Daud; Sunan An Nasai dan Sunan Abu Majah)

WARNA KELABU

At Tirmidzi meriwayatkan hadis daripada Ibnu Abbas r.a. yang berkata: "Pernah (tidak selalu) Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam berkhutbah di hadapan ramai sedang baginda memakai serban kelabu".

Al Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. "Pernah Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam keluar dengan kepala yang dibalut sehelai kain yang berwarna kelabu".

WARNA BERCAMPUR-CAMPUR

Imam Bukhari meriwayatkan hadis daripada Anas r.a.: "Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam menutup kepalanya dengan kain biasa yang bercorak-corak warnanya".

Dari Muhammad Basyar dari Abdul Rahman bin Mahdi dari Ubaidulllah bin Iyad dari bapanya yang bersumberkan dari Abi Ramsah r.a., "Aku melihat Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam memakai dua helai kain berwarna hijau bergaris-garis: (Rujuk Sunan Abu Daud; Sunan At Tirmidzi; Sunan An Nasaie)


so I hope that we can follow His favourite colours. so that we will get barakah and more pahala :)

Thursday 15 September 2011

Kamu seorang Muslimah! :)



Beritahu pada muslimah itu

dirinya ibarat kaca;

disentuh terguris,

dihantuk serpih,

dihempap berkecai.

Beritahu pada muslimah itu

jaga tutur kata;

cakap tinggi nanti dibenci,

terlalu rendah dipijak pula,

cakap sombong mengundang lawan,

hati-hati meluah kata,

kerana pulut santan binasa,

kerana mulut badan binasa.

Beritahu pada muslimah itu

jaga tingkah laku;

harga diri letaknya di situ,

jangan meluru ikut telunjuk nafsu,

sesekali tersilap langkah,

akan dihukum selamanya,

keturunan dicerca payah,

menyesal kemudian bukan faedah.

Beritahu pada muslimah itu

jaga pakaian;

ia cermin peribadi,

juga lambang bangsa,

di mana dan dalam keadaan macam manapun,

biar orang kenal...Dia orang ISLAM.

Beritahu pada muslimah itu

simpan secebis malu;

kerana malu itu,

sebahagian dari iman..

"Lalu apa yang telah aku lakukan selama ini..Ya Rabb, ampunilah daku.

Untuk setiap pandangan yang tak terjaga,

untuk iman yang tak dipelihara,

lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,

Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik,

kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami,

Engkau perintahkanlah malaikat silih berganti

menemani kami siang dan malam

agar iman kami dapat dijaga.. ^^



:) only Him know the best for us! believe in Him and always pray from Him to get the best throughout our days !!

Tuesday 13 September 2011

confuse in making decision make me felt freaky


I got a problem in making a decision in my life which would change my future and the way I would be. there are two choices that I should considered about! firstly the thing that I hate the most or the thing that I never expected to learn today ^^ for someone maybe they just simply said that I should that the thing that follow my interest the most, I love to B but I never know how to handle with B. before this I always be with A but I hate A. so what is the important aspect for me is choose something that you will never regret about it at the future (most probably I didn't talk about women here)!!

sometimes choices come to something that really hard for you to think about and to make a decision just same as me for this currently situation -.- here I would like to share a few ways in making decision in order to avoid you from doing wrong in making decision :)


1. go for your interest first! it is the most important thing that you should think of because a fun live with bright future also happen when you make a decision based on your interest. that is the key to success :) it is from my point of view la.

2. measure your ability! each person got their ability and limit of the body. nobody perfect and each of us have a special thing that nobody got the same 'special' thing as yours :) so be grateful! you might have the strength in music but not in math. so go for it!

3. get a lot of advices from others that have more experience than us! it is good as they have gone through and learn that precious thing, so why not use our skill in persuading others to get information ^^ sometimes advice from others really important as they will share their experience and convince us to make a decision.


4. make yourself close to the creator! solat hajat, solat istikharah and the most important is DOA! pray that you will get the best for your future based on today decisions :) only HIM know what the best for us but we should ask to get the guided from the creator! we should ask and not run away from the right path. there will always got the best for us.

5. lastly, trust yourself! insya Allah if you trust yourself everything will be OK. if we trust ourselves we would make a boost to accelerate your success and become the legend~ haha^^ seriously believe that you can do it and you will do it!

actually, making decision always make a part of our life. we always need to decide which the best for us! so keep it up to the success one~ strive until you get what you want! Rome doesn't built in one day!

Saturday 10 September 2011

CINTA aku kerana Allah!

sekiranya anda berada dalam percintaan:)
ucapkan kepada si dia :
حبك في الله ( uhibbuka fillah - aku menyintai /menyayangi/mengasihi mu kerana Allah )
dan si dia harus menjawab :
حَبَّكَ الَّذِيْ أَحْبَبْتَنِي لَهُ ( ahabbakallazi ahbabtani lahu - Semoga Allah mencintai mu yang cinta kepadaku keranaNya)
(hadis Riwayat Abu Dawud)
Insya Allah hubungan pasti akan diberkati dan dirahmati oleh Allah :) 

"Sayangi sebuah perkenalan kerana di situ terciptanya kemesraan.
Kenangi sebuah persahabatan kerana di situ tercipta kerinduan,
hargai kedua-duanya kerana itulah rahmat dari Allah SWT "
"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi" Allah mungkin menguji kekuatan hati kita dalam menerima dugaan namun terdapat pelbagai hikmah yang tersirat dapat kita peroleh dari kejadian-Nya~

p/s : credit to someone that give me this passage! :)

Wednesday 7 September 2011

LOVE is hurt!



I wrote a cerpen then I realize that sometime LOVE is hurt! why? because we need to care about other persons and we also need to always be beside her! for me love is simple. you love her then make sure she always happy even she never be yours! keep it bare in my mind :) love not always easy to get and not always hard to find!

maybe we didn't realize that we had fall in love but I LOVE YOU. i know that! without uncertainty i pretty sure that i love you. from my cerpen i wrote a poem, that suddenly cross my mind! why? i didn't know the answer. let me present the poem that i have wrote.

Seindah Gubahan Pertama

Mengenalimu,

Suatu keindahan dalam hidupku,

Kau hadir saat aku,

Mencari kasih sayang,

Kau menyinari hari-hariku,

Dengan kehadiran dirimu,

Yang selama ini suram,

Tanpa warna-warna ceria,

Enkau telah menyuburkan semula,

Kumtum-kuntum bunya yang layu kekeringan,

Di taman hatiku.

Mungkin sydah suratan,

Aku hanya mampu untuk mengenalimu,

Tapi, bukan untuk memilikimu,

Walau apapun, akan kusimpan rasa cinta ini,

Sehingga aku mengetahui apakah sebenarnya cinta,

Izinkanlah aku mencintaimu

Dalam gelap malam bertemankan sunyi



                                  ~kruk kruk kruk~ bunyi cengkerik! haha

 what i'm trying to do here just write! sorry about the poem! i really don't understand why i can write like that! love is hurt rite! ^^ why there should be love? because love will shine our day! start to LOVE someone now :) haha weird post from me! angau ea~

Tuesday 6 September 2011

it's all about HER





 This one's for you and me, living out of our dreams, We're all right where we should be, Lift my arms out wide I open my eyes and now all I wanna see~
                                                 
                                     Is a sky full of lighters! A sky full of lighters~

There's only you and me, Walking in the air, Holding our arms together and hoping it will last forever!
Only you that stole my heart! but where are you, where did you go, I can't find you if you are hiding from me!


maybe it is the time for me to meet you rite now. so when would I meet you.. my 'jodoh'! hopefully that I'll meet you as fast as I can :) so that I will always LOVE you my dear!

The hardest thing to do is to watch the one you love, love someone else.


always waiting for you dear! I know one day you will come to me! ^^ you will shine my life, you give hope for me and you give the strength for me to keep trying the best!
*what I'm trying to said is I'm in the mission to search the true love! ahaks*

Friday 2 September 2011

sekiranya kita menyedari

Sekiranya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.Sekiranya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.Sekiranya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.Sekiranya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Sekiranya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Sekiranya lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau andai terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.Sekiranya lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.sekiranya lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.Sekiranya lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Sekiranya lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Sekiranya lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Sekiranya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.Sekiranya lelaki tahu..
 

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Sesungguhnya seorang wanita adalah permata yang menjadi perhiasan hidup dan menyinari kita dalam kegelapan :)

Monday 29 August 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ^^

assalamualaikum wbt :)

"Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa, Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira, Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa~" kapowww! *bunyi mercun* ok stop! imaginasi kuat je,, haha

da sebulan berpuasa sekarang da hari raya. dalam gembira menyambut hari raya terdetik perasaan edih untuk meninggalkan ramadhan ini. adakah sempat untuk kita menikmati ramadhan pada tahun hadapan? siapa tahu..

anyway.. di kesempatan yang diberikan aku ingin memohom maaf kepada semua diatas kesalahan aku sebagai manusia yang lemah dan selalu melakukan kesalahan.especially for my family la of course :) i'm sorry for any mistaken! hope this year dapat la duet raya banyak .. *tak pernah dapat pun* then to all malaysians yang mengenali diri ini,, maaf zahir batin dari hujung rambut sampai hujung kaki...


                                                               
                                                      rakan2 di felda :)


                                                        
                                                    dak2 SMARTians :)


aku mintak maaf kalau de salah dan silap. tiada manusia yang sempurna,,,  SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN :)

Tuesday 23 August 2011

raya lelaki vs raya perempuan

assalamualaikum wbt


beberapa hari lagi kita akan menyambut hari kejayaan kita setelah berpuasa selama 30 hari (berjaya ke semua org) iaitu hari raya Aidilfitri :) seronok rasa nya dapat berjumpa lagi syawal pada tahun ini. apakah persiapan anda semua. yang pasti bundle of shirts and lots of cookies, rite? haha aku rase memang menjadi kebiasaan setiap tahun kan,

tapi sekarang let us compare between male and female.

MALE....

baju melayu sepasang, t-shirt ala-carte sehelai, jeans lusuh satu dan kasut yang baru! setel senang nak beli dan senang nak jumpa. so tak payah nak mencari pilihan hati untuk masa yang terlalu lama. susah2 je~~

                                                                baju melayu simple je
PEREMPUAN...

baju kurung wajib at least 3 helai (2 pasang raya pertama = pagi dan petang , sepasang raya kedua ), kasut tumit tinggi yang baru, barangan kemas ( sebab time raya la banyak sale, kot ) kain tudung yang baru ( ikot peredaran zaman kot ) haha then paling penting adalah alat mekap yang baru. banyak nya barang kan,..

                                                                     penat shopping

sepatutnya kita besederhana dalam menyambut syawal ni,, jgn berbelanja berlebihan sangat2.. ingatlah pada yang memerlukan.. :)