Akan menghinalah mereka yang tak mengenal cinta
Sungguh cintamu padan-Nya wajar adanya
Mereka kata, cinta buat kau gila
Padahal kau orang paling faham agama
Ku katakan pada mereka
Mengapa kalian iri hati padanya?
Jawabnya
Kerana ia mencinta dan dicintai pujaan jiwa
Bila masanya Muhammad mengharamkan cinta
Dan apakah ia menghina umatnya yang jatuh cinta
Janganlah kita berlagak mulia
Dengan menyebut cinta sebagai dosa
Pedulikan apa kata orang tentang cinta
Entah yang berkata keras atau halus biasa
Bukankah manusia harus menetapi pilihannya
Bukankah kata tersembunyi tak bererti diam seribu bahasa.
Rasa nak bercinta, tidak perlu..
Kalau sudah berkenan, pendamlah hingga sampai masanya..
Tapi jangan rasa nak bercinta,kita luahkan segalanya..
Kerana luahan kita tu akan mempengaruhi kehidupan..