Sekiranya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.Sekiranya lelaki tahu..Apabila
seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia
lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai
lelaki itu.Sekiranya lelaki tahu..Apabila seorang
perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi
percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi
lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang
bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada
seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.Sekiranya lelaki tahu..Apabila
perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat
anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Sekiranya lelaki tahu..Apabila
perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak
mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih
baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Sekiranya lelaki tahu..Apabila
perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak
sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak
kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu
risau andai terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan
yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang
terbaik untuk anda.Sekiranya lelaki tahu..Apabila
perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu
dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan
perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.sekiranya lelaki tahu..Apabila
perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak
menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan
hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.Sekiranya lelaki tahu..Apabila
perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Sekiranya lelaki tahu..Apabila
perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya
kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh
mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya
memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu,
percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih
baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Sekiranya lelaki tahu..Apabila
perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi
dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan
kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena
caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam
masa sesaat.Sekiranya lelaki tahu..Apabila perempuan
berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda
pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu
tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk
mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling
menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.Sekiranya lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling
memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan
itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu
merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan
mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi
hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia
didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan
untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah
yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik
untuk anak2 anda.
Sesungguhnya seorang wanita adalah permata yang menjadi perhiasan hidup dan menyinari kita dalam kegelapan :)
awesome
ReplyDeleteseriously
im speechless :'(
special for who in sadness :) may this would cure your feeling!
ReplyDeleteseriously damn like it :)it will really cure me if he write this by his own. hahaha. dreaming right?
ReplyDeletelet me cure you! :)
ReplyDelete