the main point here, I want to share some information about colours from islamic views :) and I'll take our beloved prophet Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam as example..
Mengenai warna putih, Ibnu Abbas r.a. diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Al-Hakim sebagai berkata bahawa Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam pernah bersabda, maksudnya: "Pakailah pakaian berwarna putih kepada orang yang masih hidup dan kafanilah dengan kain berwarna putih kepada orang-orang yang telah mati".
An Nasa'I dan Al Hakim meriwayatkan hadis daripada Samurah r.a. yang berkata, Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, maksudnya: "Pakailah pakaian berwarna putih kerana ia lebih suci (bersih) dan baik. Gunakanlah ia untuk pembungkus jenazah orang mati".
Imam Bukhari meriwayatkan hadis daripada Abu Zar Al Ghafari r.a. katanya, "Pernah aku datang kepada Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam ketika ia sedang tidur dan ia memakai pakaian berwarna putih".
Hadis lain yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah juga bahawa Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda maksudnya, "Sebaik-baik pakaian untuk mengunjungi (Tuhan) ke masjid atau menziarahi kubur ialah berwarna putih".
Ibnu Asakir meriwayatkan hadis daripada Aisyah r.a. kata Aisyah, "Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam memakai kopiah putih dan ia tidak pernah tinggal."
Mengenai warna hijau pula, Abu Daud dan At Tirmidzi meriwayatkan hadis daripada Abu Rimsah (Rifa'ah): "Aku telah melihat Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam memakai dua baju berwarna hijau".
Imam Bukhari, Abu Daud dan At Tirmidzi meriwayatkan hads dari Al Baraa bin Azib katanya, "Aku pernah melihat Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam memakai dua helai kain berwarna hijau buatan Yaman".
Ibnu Hajjar dalam Tanbih Al Akhbar memetik kenyataan salah seorang sahabat Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam berkata, "Pada hari raya kami disuruh memakai pakaian berwarna hijau kerana ia lebih utama dan dihukumkan sunat. Adapun warna hijau adalah afdhal daripada lain-lain warna sesudah putih."
Mengenai warna hitam, terdapat keterangan daripada Hadis yang diriwayatkan oleh Imam At Tirmidzi dari sahabat Jarir bin Abdulllah r.a. katanya, "Telah masuk Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam ke negeri Makkah pada hari kemenangan menawan Makkah (Futuh Al Makkiah) dan aku melihat di atas kepalanya serban berwarna hitam." (Bahrul mazi juz 12)
Muslim, Abu Daud dan An Nas'I meriwayatkan hadis daripada Amir bin Hurais ra.a. yang berkata: "Aku pernah melihat Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam berada (berkhutbah) di atas mimbar dan di atas kepalanya terdapat serban hitam yang dihulurkan (ekornya) di antara dua bahunya:.
Ibnu Ady meriwayatkan daripada Jabir r.a. yang berkata: "Aku pernah melihat Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam berserban hitam yang dipakainya pada hari raya".
Imam Ahmad, Abu Daud, At Tirmidzi dan An Nasa'I meriwayatkan dari Abu Rimsah r.a. yang berkata: "Pernah aku melihat Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam berkhutbah dari atas baghalnya di Mina, sedangkan beliau berpakaian merah (merah hati) buatan Yaman".
Kata Syeikh Al Marbawi dalam Bahrul Mazi berkata: "Diharuskan seseorang lelaki itu memakai pakaian berwarna merah pekat sama ada baju, kain, seluar atau songkok (kopiah) kerana terdapat keterangan
bahwa Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam pernah memakainya. Warna tersebut ialah warna tidak bercorak (plain colour) bukan bercoreng-coreng atau berbunga-bunga. Adapun warna bercorak-corak atau bercelorong-celoreng dan berbunga-bungaan adalah dilarang (makruh)".
Abu Daud meriwayatkan hadis dari Hilal bin Amir r.a. katanya: "Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam itu bertubuh sedang dan saya pernah melihat baginda berpakaian hullah merah". (Hullah ialah yang kain
bercorak).
Al Baihaqi meriwayatkan hadis dari Jabir r.a., katanya: "Pernah Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam berpakaian yang bercorak merah pada dua hari raya dan pada hari Jumaat".
Dari Mahmud bin Ghailan dari Abdul Razaq dari Sufian As Sauri dari `Aun Ibnu Abi Juhairah dari bapanya, cerita bapanya: "Aku melihat Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam memakai pakaian berwarna merah(merah hati), warnanya memancar bagaikan cahaya dari celah kedua betisnya (kerana indah dan berseri)" (Hadis riwayat Bukhari dalam sohehnya).
Dari Ali bin Khasyram dari Isa bin Yunus dari Isril dari Abi Isyaq dari Al Bara bin Azib r.a. menceritakan, "Tiada seorang pun yang pernah aku melihat memakai pakaian berwarna merah yang lebih indah dan serasi warnanya daripada Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam.(Hadis riwayat At Tirmidzi dalam bab Al Libas dan Al Adabl; Soheh Bukhari bab Al Libas; Soheh Muslim; Sunan Abu Daud; Sunan An Nasai dan Sunan Abu Majah)
At Tirmidzi meriwayatkan hadis daripada Ibnu Abbas r.a. yang berkata: "Pernah (tidak selalu) Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam berkhutbah di hadapan ramai sedang baginda memakai serban kelabu".
Al Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. "Pernah Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam keluar dengan kepala yang dibalut sehelai kain yang berwarna kelabu".
Imam Bukhari meriwayatkan hadis daripada Anas r.a.: "Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam menutup kepalanya dengan kain biasa yang bercorak-corak warnanya".
Dari Muhammad Basyar dari Abdul Rahman bin Mahdi dari Ubaidulllah bin Iyad dari bapanya yang bersumberkan dari Abi Ramsah r.a., "Aku melihat Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam memakai dua helai kain berwarna hijau bergaris-garis: (Rujuk Sunan Abu Daud; Sunan At Tirmidzi; Sunan An Nasaie)
WARNA PUTIH
Mengenai warna putih, Ibnu Abbas r.a. diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Al-Hakim sebagai berkata bahawa Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam pernah bersabda, maksudnya: "Pakailah pakaian berwarna putih kepada orang yang masih hidup dan kafanilah dengan kain berwarna putih kepada orang-orang yang telah mati".
An Nasa'I dan Al Hakim meriwayatkan hadis daripada Samurah r.a. yang berkata, Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, maksudnya: "Pakailah pakaian berwarna putih kerana ia lebih suci (bersih) dan baik. Gunakanlah ia untuk pembungkus jenazah orang mati".
Imam Bukhari meriwayatkan hadis daripada Abu Zar Al Ghafari r.a. katanya, "Pernah aku datang kepada Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam ketika ia sedang tidur dan ia memakai pakaian berwarna putih".
Hadis lain yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah juga bahawa Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda maksudnya, "Sebaik-baik pakaian untuk mengunjungi (Tuhan) ke masjid atau menziarahi kubur ialah berwarna putih".
Ibnu Asakir meriwayatkan hadis daripada Aisyah r.a. kata Aisyah, "Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam memakai kopiah putih dan ia tidak pernah tinggal."
WARNA HIJAU
Mengenai warna hijau pula, Abu Daud dan At Tirmidzi meriwayatkan hadis daripada Abu Rimsah (Rifa'ah): "Aku telah melihat Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam memakai dua baju berwarna hijau".
Imam Bukhari, Abu Daud dan At Tirmidzi meriwayatkan hads dari Al Baraa bin Azib katanya, "Aku pernah melihat Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam memakai dua helai kain berwarna hijau buatan Yaman".
Ibnu Hajjar dalam Tanbih Al Akhbar memetik kenyataan salah seorang sahabat Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam berkata, "Pada hari raya kami disuruh memakai pakaian berwarna hijau kerana ia lebih utama dan dihukumkan sunat. Adapun warna hijau adalah afdhal daripada lain-lain warna sesudah putih."
WARNA HITAM
Muslim, Abu Daud dan An Nas'I meriwayatkan hadis daripada Amir bin Hurais ra.a. yang berkata: "Aku pernah melihat Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam berada (berkhutbah) di atas mimbar dan di atas kepalanya terdapat serban hitam yang dihulurkan (ekornya) di antara dua bahunya:.
Ibnu Ady meriwayatkan daripada Jabir r.a. yang berkata: "Aku pernah melihat Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam berserban hitam yang dipakainya pada hari raya".
WARNA MERAH HATI
Imam Ahmad, Abu Daud, At Tirmidzi dan An Nasa'I meriwayatkan dari Abu Rimsah r.a. yang berkata: "Pernah aku melihat Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam berkhutbah dari atas baghalnya di Mina, sedangkan beliau berpakaian merah (merah hati) buatan Yaman".
Kata Syeikh Al Marbawi dalam Bahrul Mazi berkata: "Diharuskan seseorang lelaki itu memakai pakaian berwarna merah pekat sama ada baju, kain, seluar atau songkok (kopiah) kerana terdapat keterangan
bahwa Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam pernah memakainya. Warna tersebut ialah warna tidak bercorak (plain colour) bukan bercoreng-coreng atau berbunga-bunga. Adapun warna bercorak-corak atau bercelorong-celoreng dan berbunga-bungaan adalah dilarang (makruh)".
Abu Daud meriwayatkan hadis dari Hilal bin Amir r.a. katanya: "Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam itu bertubuh sedang dan saya pernah melihat baginda berpakaian hullah merah". (Hullah ialah yang kain
bercorak).
Al Baihaqi meriwayatkan hadis dari Jabir r.a., katanya: "Pernah Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam berpakaian yang bercorak merah pada dua hari raya dan pada hari Jumaat".
Dari Mahmud bin Ghailan dari Abdul Razaq dari Sufian As Sauri dari `Aun Ibnu Abi Juhairah dari bapanya, cerita bapanya: "Aku melihat Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam memakai pakaian berwarna merah(merah hati), warnanya memancar bagaikan cahaya dari celah kedua betisnya (kerana indah dan berseri)" (Hadis riwayat Bukhari dalam sohehnya).
Dari Ali bin Khasyram dari Isa bin Yunus dari Isril dari Abi Isyaq dari Al Bara bin Azib r.a. menceritakan, "Tiada seorang pun yang pernah aku melihat memakai pakaian berwarna merah yang lebih indah dan serasi warnanya daripada Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam.(Hadis riwayat At Tirmidzi dalam bab Al Libas dan Al Adabl; Soheh Bukhari bab Al Libas; Soheh Muslim; Sunan Abu Daud; Sunan An Nasai dan Sunan Abu Majah)
WARNA KELABU
At Tirmidzi meriwayatkan hadis daripada Ibnu Abbas r.a. yang berkata: "Pernah (tidak selalu) Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam berkhutbah di hadapan ramai sedang baginda memakai serban kelabu".
Al Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. "Pernah Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam keluar dengan kepala yang dibalut sehelai kain yang berwarna kelabu".
WARNA BERCAMPUR-CAMPUR
Dari Muhammad Basyar dari Abdul Rahman bin Mahdi dari Ubaidulllah bin Iyad dari bapanya yang bersumberkan dari Abi Ramsah r.a., "Aku melihat Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam memakai dua helai kain berwarna hijau bergaris-garis: (Rujuk Sunan Abu Daud; Sunan At Tirmidzi; Sunan An Nasaie)
so I hope that we can follow His favourite colours. so that we will get barakah and more pahala :)
No comments:
Post a Comment