Showing posts with label kita. Show all posts
Showing posts with label kita. Show all posts

Friday, 25 November 2011

Dulu-dulu tu -.-''

Entry kali ni berdasarkan pengalaman aku sebagai budak yg bru membesar :) dulu memang seronok.. aku sure some of you guys out there also face the same things :) lols bace la dulu baru tahu...

* kat skola ade salesman jual buku cerita. ari ni bg list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau. salesman susu pon camtu gak.
* kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gamba je. bile ade program Nilam, sebok semua nak pinjam buku.
* RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm....
*gosok gigi ramai2 kat tepi longkang..
* pakai pensel box yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.
* main lwn pemadam, syg nak guna utk padam. padahal itu fungsi sbnr, utk padam!
* pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu. * cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pgg pon kat situ.
* bulu ayam jd ramping krn sering dijadikan rotan.
* time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh. ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la...
* main game 2D. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape.
* jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.
* takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...
* balik skola beli JoJo xpon Dendang. Tora pon best gak. Beli se mata2 nak mainan, coklat die x mkn pon.
* Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV bole tembak alien tu...
*time waktu sekolah, org len bawak buku, kebanyakkan kite bwk keta dash, tamia pastu men dlm longkang... bwk charger g sekolah lagi... yang paling x tahan... bis satu sekolah blackout sbb charge kat plug dlm kelas....
* Siri kartun; power rangers, ultraman, ninja turtles, Thundercats, dragonball, Gaban dan mcm lg. 


Jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 x smpt lyn bende2 ni..asyik ngadap tv n ps.. 
Aku sure ade yg tersengih2 membace bende nie tp ini adalah pengalaman kite yg budak2 sekarang tak dapat kan. Jadi bersyukur la dengan ape yg kita dapat :)

Thursday, 24 November 2011

Bahasa Melayu SPM

Adik-adik yang baru nak amek SPM tu, kat sini ade beberape tips untuk korang mendapat markah yg tinggi dalam karangan Bahasa Melayu..

Karangan korang mestilah ade peribahasa yg menarik, catchy and most important masok la dengan tajuk korang tu.

Kat sini ade la beberapa peribahasa gempak utk boost markah korg tu..


1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah

2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan

3. Tiada rotan, pelempang berguna juga

4. Biar lambat asalkan tak cepat

5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi

6. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula

7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar

8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock

9. Secupak takkan jadi 18 cupak

10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkan kulit,

manusia mati meninggal dunia

11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.

12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap

13. Alang-alang mandi biar guna sabun

14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras

15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun

16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang... bisu

17. Hidup segan, mati di tanam

18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa

19. Lembu punya susu cap teko dapat nama

20. Sehari selembar benang lama-lama benang habis

21. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail

di laut (beli la pukat tunda lagi baik)

22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa

23. Membujur lalu melintang pukang

24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik

hari tak hujan

25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut

26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili

27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh belah


Menarik and sure penanda korang setuju dgn penggunaan peribahasa korang nie. Hopefully membantu la kan. dapat laa markah yg tinggi. A+ lagi :)

p/s: just gurauan dalam kebosanan :) don't take it seriously as I stated them as jokes ok :)

Friday, 18 November 2011

Did we realize?

This is wonderfuland the thoughts at the end are so true!

Never look down on anybody, unless you're helping them up.

Please read the following quietly then send it back on its journey



To realize
the value of a sister/brother
ask someone
who doesn't have one.

To realize
the value of ten years:
ask a newly
divorced couple.

To realize
the value of four years:
ask a graduate.

To realize
the value of one year:
ask a student who
has failed a final exam.

To realize
the value of nine months:
ask a mother who gave birth to a stillborn.

To realize
the value of one month:
ask a mother
who has given birth to a premature baby..

To realize
the value of one minute:
ask a person
who has missed the train, bus or plane.

To realize
the value of one-second:
ask a person
who has survived an accident.

Time waits for no one.
treasure every moment you have.

You will treasure it even more when
you can share it with someone special.
 

<3 always be there..

Thursday, 10 November 2011

10 Tips Sayang-sayang..


1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya pasti akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa. Manusia berubah dari masa ke semasa. Tiada apa yang kekal! Nothing is permanent! Don't have your hope high. People change, friends become strangers! Lovers become friends and People Leave.

2. Sayangi dia seadanya, Terima buruk dan baiknya. Di dunia terdapat hampir 7 billion manusia dengan 7 billion personaliti. Setiap orang adalah istimewa dengan identiti sendiri so biarkan mereka begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang kerana sekali tersilap langkah pasti akan terus untuk mengubahnya. Tentu kita masih ingat, kita terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk kita mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk kita. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri kita. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya. Mempermainkan perasaan seseorang hanyalah akan menyakitkan hati kita pada masa akan datang.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan kita merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati. Jangan memaksa. Paksaan akan membuatkan rasa tidak selesa! Pastikan sama2 mendapat keselesaan agar hubungan yang dijalin lebih erat dan bermakna.

5. Yakinkan diri si dia akan keistimewaannya pada diri kita. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak kita mula terpikat padanya. Si dia adalah istimewa pada diri kita! Si dia pasti akan merasa dihargai dan diterima oleh kita seadanya. Hal ini akan mengeratkan hubungan kita.

6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan kita akan sentiasa meletakkan diri kita di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika kita sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia. Lagipun percaya adalah elemen yang amat penting! Simple thing can affet other thing. Believe one another :)

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi kita mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk menyanyanginya.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati kita kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan. At least satu message cukup untuk memuaskan hati seseorang. Satu message dapat memuaskan pasangannya kerana masih mengingati dan tidak lupa untuk bertegur~

10. Jangan cepat berbangga dengan diri kita, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak kita perolehi setelah kita berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih kita adalah kerana dia percaya bahawa kita adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Kita telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga kita berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.


bukan semua yang ditulis adalah betul! namun kebanyakkan orang mempunyai perasaan yang sama dan mahukan yang terbaek~ renung-renungkan dan selamat beramal :)

Friday, 7 October 2011

pujangga P.E.N.S.I.L ! !

iktibar Sebatang Pensil

Pernah seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya yang sedang menulis.



“Apa ibu sedang tulis? Ibu menulis tentang siapa? Atau pengalaman ibu?”
...
“Ibu menulis tentang diri kamu, tapi ada yang lebih penting daripada itu iaitu pensel ini.”

“Apa yang istimewa tentang pensel ini?” tanya si anak.

“Ibu berharap hidupmu adalah seperti pensel ini. Walaupun sebatang pensel, ada lima nilai yang boleh kita pelajari daripadanya. Mahu tahu?”

“Iya, ibu.”

Pertama, pensel ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini. Jangan lupa, ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya. Maka, ingatlah akan adanya kuasa yang membimbing langkah hidupmu iaitu Allah SWT. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya.

Kedua, ketika menulis, pensel kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berhenti untuk mengasahnya. Pensel ini pasti menderita ketika diraut, tetapi hasilnya ia menjadi tajam dan bagus tulisannya. Begitu juga akan berlaku dalam hidup kamu. Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau sebab untuk dirimu menjadi lebih baik.

Ketiga, pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yang salah. Namun kita boleh memadamkan dan betulkan tulisan ini semula. Begitu yang ibu harapkan kepada anak ibu ini, sentiasalah memperbaiki kesalahan dalam hidup. Ia bukanlah sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki kesalahan, kita akan sentiasa berada di jalan yang benar.

Keempat, tahukah anak ibu mana yang lebih penting, luar atau isi pensel ini? Sudah tentu arang atau karbon di dalamnya. Oleh itu, berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kamu itu dan hindarilah.

Kelima, pensel ini selalu meninggalkan tanda atau goresan. Begitu juga kamu, apa sahaja yang kamu buat, pasti akan meninggalkan kesannya pada diri atau pada orang lain. Ibu harap kamu akan selalu berhati-hati dan bijak dalam bertindak


pensil juga mampu menjadi contoh terbaik bagi ibubapa untuk mengajar anak-anak. semua ibubapa mampu untuk memberi tunjuk ajar yang terbaik untuk anak masing-masing, renung-renungkan~

Friday, 23 September 2011

the COLOURS of LIFE! ^^

 

there are many type of colours around the world, many of them are nice and bring a lot of meanings towards our life and also the culture. some of us also relate colours with religion and absolutely ourselves.

the main point here, I want to share some information about colours from islamic views :) and I'll take our beloved prophet Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam as example..

WARNA PUTIH

Mengenai warna putih, Ibnu Abbas r.a. diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Al-Hakim sebagai berkata bahawa Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam pernah bersabda, maksudnya: "Pakailah pakaian berwarna putih kepada orang yang masih hidup dan kafanilah dengan kain berwarna putih kepada orang-orang yang telah mati".

An Nasa'I dan Al Hakim meriwayatkan hadis daripada Samurah r.a. yang berkata, Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, maksudnya: "Pakailah pakaian berwarna putih kerana ia lebih suci (bersih) dan baik. Gunakanlah ia untuk pembungkus jenazah orang mati".

Imam Bukhari meriwayatkan hadis daripada Abu Zar Al Ghafari r.a. katanya, "Pernah aku datang kepada Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam ketika ia sedang tidur dan ia memakai pakaian berwarna putih".

Hadis lain yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah juga bahawa Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda maksudnya, "Sebaik-baik pakaian untuk mengunjungi (Tuhan) ke masjid atau menziarahi kubur ialah berwarna putih".

Ibnu Asakir meriwayatkan hadis daripada Aisyah r.a. kata Aisyah, "Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam memakai kopiah putih dan ia tidak pernah tinggal."

WARNA HIJAU

Mengenai warna hijau pula, Abu Daud dan At Tirmidzi meriwayatkan hadis daripada Abu Rimsah (Rifa'ah): "Aku telah melihat Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam memakai dua baju berwarna hijau".

Imam Bukhari, Abu Daud dan At Tirmidzi meriwayatkan hads dari Al Baraa bin Azib katanya, "Aku pernah melihat Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam memakai dua helai kain berwarna hijau buatan Yaman".

Ibnu Hajjar dalam Tanbih Al Akhbar memetik kenyataan salah seorang sahabat Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam berkata, "Pada hari raya kami disuruh memakai pakaian berwarna hijau kerana ia lebih utama dan dihukumkan sunat. Adapun warna hijau adalah afdhal daripada lain-lain warna sesudah putih."

WARNA HITAM

Mengenai warna hitam, terdapat keterangan daripada Hadis yang diriwayatkan oleh Imam At Tirmidzi dari sahabat Jarir bin Abdulllah r.a. katanya, "Telah masuk Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam ke negeri Makkah pada hari kemenangan menawan Makkah (Futuh Al Makkiah) dan aku melihat di atas kepalanya serban berwarna hitam." (Bahrul mazi juz 12)

Muslim, Abu Daud dan An Nas'I meriwayatkan hadis daripada Amir bin Hurais ra.a. yang berkata: "Aku pernah melihat Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam berada (berkhutbah) di atas mimbar dan di atas kepalanya terdapat serban hitam yang dihulurkan (ekornya) di antara dua bahunya:.

Ibnu Ady meriwayatkan daripada Jabir r.a. yang berkata: "Aku pernah melihat Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam berserban hitam yang dipakainya pada hari raya".

WARNA MERAH HATI

Imam Ahmad, Abu Daud, At Tirmidzi dan An Nasa'I meriwayatkan dari Abu Rimsah r.a. yang berkata: "Pernah aku melihat Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam berkhutbah dari atas baghalnya di Mina, sedangkan beliau berpakaian merah (merah hati) buatan Yaman".

Kata Syeikh Al Marbawi dalam Bahrul Mazi berkata: "Diharuskan seseorang lelaki itu memakai pakaian berwarna merah pekat sama ada baju, kain, seluar atau songkok (kopiah) kerana terdapat keterangan
bahwa Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam pernah memakainya. Warna tersebut ialah warna tidak bercorak (plain colour) bukan bercoreng-coreng atau berbunga-bunga. Adapun warna bercorak-corak atau bercelorong-celoreng dan berbunga-bungaan adalah dilarang (makruh)".

Abu Daud meriwayatkan hadis dari Hilal bin Amir r.a. katanya: "Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam itu bertubuh sedang dan saya pernah melihat baginda berpakaian hullah merah". (Hullah ialah yang kain
bercorak).

Al Baihaqi meriwayatkan hadis dari Jabir r.a., katanya: "Pernah Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam berpakaian yang bercorak merah pada dua hari raya dan pada hari Jumaat".

Dari Mahmud bin Ghailan dari Abdul Razaq dari Sufian As Sauri dari `Aun Ibnu Abi Juhairah dari bapanya, cerita bapanya: "Aku melihat Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam memakai pakaian berwarna merah(merah hati), warnanya memancar bagaikan cahaya dari celah kedua betisnya (kerana indah dan berseri)" (Hadis riwayat Bukhari dalam sohehnya).

Dari Ali bin Khasyram dari Isa bin Yunus dari Isril dari Abi Isyaq dari Al Bara bin Azib r.a. menceritakan, "Tiada seorang pun yang pernah aku melihat memakai pakaian berwarna merah yang lebih indah dan serasi warnanya daripada Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam.(Hadis riwayat At Tirmidzi dalam bab Al Libas dan Al Adabl; Soheh Bukhari bab Al Libas; Soheh Muslim; Sunan Abu Daud; Sunan An Nasai dan Sunan Abu Majah)

WARNA KELABU

At Tirmidzi meriwayatkan hadis daripada Ibnu Abbas r.a. yang berkata: "Pernah (tidak selalu) Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam berkhutbah di hadapan ramai sedang baginda memakai serban kelabu".

Al Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. "Pernah Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam keluar dengan kepala yang dibalut sehelai kain yang berwarna kelabu".

WARNA BERCAMPUR-CAMPUR

Imam Bukhari meriwayatkan hadis daripada Anas r.a.: "Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam menutup kepalanya dengan kain biasa yang bercorak-corak warnanya".

Dari Muhammad Basyar dari Abdul Rahman bin Mahdi dari Ubaidulllah bin Iyad dari bapanya yang bersumberkan dari Abi Ramsah r.a., "Aku melihat Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam memakai dua helai kain berwarna hijau bergaris-garis: (Rujuk Sunan Abu Daud; Sunan At Tirmidzi; Sunan An Nasaie)


so I hope that we can follow His favourite colours. so that we will get barakah and more pahala :)

Tuesday, 13 September 2011

confuse in making decision make me felt freaky


I got a problem in making a decision in my life which would change my future and the way I would be. there are two choices that I should considered about! firstly the thing that I hate the most or the thing that I never expected to learn today ^^ for someone maybe they just simply said that I should that the thing that follow my interest the most, I love to B but I never know how to handle with B. before this I always be with A but I hate A. so what is the important aspect for me is choose something that you will never regret about it at the future (most probably I didn't talk about women here)!!

sometimes choices come to something that really hard for you to think about and to make a decision just same as me for this currently situation -.- here I would like to share a few ways in making decision in order to avoid you from doing wrong in making decision :)


1. go for your interest first! it is the most important thing that you should think of because a fun live with bright future also happen when you make a decision based on your interest. that is the key to success :) it is from my point of view la.

2. measure your ability! each person got their ability and limit of the body. nobody perfect and each of us have a special thing that nobody got the same 'special' thing as yours :) so be grateful! you might have the strength in music but not in math. so go for it!

3. get a lot of advices from others that have more experience than us! it is good as they have gone through and learn that precious thing, so why not use our skill in persuading others to get information ^^ sometimes advice from others really important as they will share their experience and convince us to make a decision.


4. make yourself close to the creator! solat hajat, solat istikharah and the most important is DOA! pray that you will get the best for your future based on today decisions :) only HIM know what the best for us but we should ask to get the guided from the creator! we should ask and not run away from the right path. there will always got the best for us.

5. lastly, trust yourself! insya Allah if you trust yourself everything will be OK. if we trust ourselves we would make a boost to accelerate your success and become the legend~ haha^^ seriously believe that you can do it and you will do it!

actually, making decision always make a part of our life. we always need to decide which the best for us! so keep it up to the success one~ strive until you get what you want! Rome doesn't built in one day!

Monday, 29 August 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ^^

assalamualaikum wbt :)

"Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa, Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira, Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa~" kapowww! *bunyi mercun* ok stop! imaginasi kuat je,, haha

da sebulan berpuasa sekarang da hari raya. dalam gembira menyambut hari raya terdetik perasaan edih untuk meninggalkan ramadhan ini. adakah sempat untuk kita menikmati ramadhan pada tahun hadapan? siapa tahu..

anyway.. di kesempatan yang diberikan aku ingin memohom maaf kepada semua diatas kesalahan aku sebagai manusia yang lemah dan selalu melakukan kesalahan.especially for my family la of course :) i'm sorry for any mistaken! hope this year dapat la duet raya banyak .. *tak pernah dapat pun* then to all malaysians yang mengenali diri ini,, maaf zahir batin dari hujung rambut sampai hujung kaki...


                                                               
                                                      rakan2 di felda :)


                                                        
                                                    dak2 SMARTians :)


aku mintak maaf kalau de salah dan silap. tiada manusia yang sempurna,,,  SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN :)

Tuesday, 23 August 2011

raya lelaki vs raya perempuan

assalamualaikum wbt


beberapa hari lagi kita akan menyambut hari kejayaan kita setelah berpuasa selama 30 hari (berjaya ke semua org) iaitu hari raya Aidilfitri :) seronok rasa nya dapat berjumpa lagi syawal pada tahun ini. apakah persiapan anda semua. yang pasti bundle of shirts and lots of cookies, rite? haha aku rase memang menjadi kebiasaan setiap tahun kan,

tapi sekarang let us compare between male and female.

MALE....

baju melayu sepasang, t-shirt ala-carte sehelai, jeans lusuh satu dan kasut yang baru! setel senang nak beli dan senang nak jumpa. so tak payah nak mencari pilihan hati untuk masa yang terlalu lama. susah2 je~~

                                                                baju melayu simple je
PEREMPUAN...

baju kurung wajib at least 3 helai (2 pasang raya pertama = pagi dan petang , sepasang raya kedua ), kasut tumit tinggi yang baru, barangan kemas ( sebab time raya la banyak sale, kot ) kain tudung yang baru ( ikot peredaran zaman kot ) haha then paling penting adalah alat mekap yang baru. banyak nya barang kan,..

                                                                     penat shopping

sepatutnya kita besederhana dalam menyambut syawal ni,, jgn berbelanja berlebihan sangat2.. ingatlah pada yang memerlukan.. :)

Thursday, 18 August 2011

apa yang berlaku dalam fb sekarang...

assalamualaikum wbt






so kita tak boleh la nak judge sesiapa just based on facebook.. know her first! don't judge a book by it's cover :) haha so renung2kan dan selamat beramal ^^


musim ramadhan dah hampir berakhir......

assalamualaikum wbt ^^


da hampir masuk hari yang ke-20 kita berpuasa pd tahon ni.. alhamdulillah :) sekarang adalah masa nya nak tengok surau2 dan masjid2 penuh dengan makmum yang ingin beribadat kepada Allah... ramai antara kita gembira dengan kedatangan ramadhan kerana

1. bulan untuk beribadah dan melipat gandakan pahala

2.budak2 suke keluar malam dengan tangapan semua iblis dan syaitan telah dirantai,,, so peluang untuk semua menjadi burung hantu..

3.terdapat bazar ramadhan yang korang tak jumpa dalam bulan2 lain.. hahaha seronok berbelanja sampai tak ingat berjimat sehingga kadang2 berbazir

4.terdapat solat terawih yang dapat lakukan berjemaah dalam bulan ramadhan :)

5. tak kira pangkat atau darjat, muda atau tua mahupun kaya atau miskin kita semua berpuasa dengan cara yang sama..


so sekarang adalah masa untuk kita berebut kenikmatan beribadah di bulan yang mulia ini.. sama2 lah kita berdoa agar mendapat keberkatan dan di tempat kan dengan insan2 yang terpilih.. :)