Friday, 7 October 2011

pujangga P.E.N.S.I.L ! !

iktibar Sebatang Pensil

Pernah seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya yang sedang menulis.



“Apa ibu sedang tulis? Ibu menulis tentang siapa? Atau pengalaman ibu?”
...
“Ibu menulis tentang diri kamu, tapi ada yang lebih penting daripada itu iaitu pensel ini.”

“Apa yang istimewa tentang pensel ini?” tanya si anak.

“Ibu berharap hidupmu adalah seperti pensel ini. Walaupun sebatang pensel, ada lima nilai yang boleh kita pelajari daripadanya. Mahu tahu?”

“Iya, ibu.”

Pertama, pensel ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini. Jangan lupa, ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya. Maka, ingatlah akan adanya kuasa yang membimbing langkah hidupmu iaitu Allah SWT. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya.

Kedua, ketika menulis, pensel kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berhenti untuk mengasahnya. Pensel ini pasti menderita ketika diraut, tetapi hasilnya ia menjadi tajam dan bagus tulisannya. Begitu juga akan berlaku dalam hidup kamu. Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau sebab untuk dirimu menjadi lebih baik.

Ketiga, pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yang salah. Namun kita boleh memadamkan dan betulkan tulisan ini semula. Begitu yang ibu harapkan kepada anak ibu ini, sentiasalah memperbaiki kesalahan dalam hidup. Ia bukanlah sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki kesalahan, kita akan sentiasa berada di jalan yang benar.

Keempat, tahukah anak ibu mana yang lebih penting, luar atau isi pensel ini? Sudah tentu arang atau karbon di dalamnya. Oleh itu, berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kamu itu dan hindarilah.

Kelima, pensel ini selalu meninggalkan tanda atau goresan. Begitu juga kamu, apa sahaja yang kamu buat, pasti akan meninggalkan kesannya pada diri atau pada orang lain. Ibu harap kamu akan selalu berhati-hati dan bijak dalam bertindak


pensil juga mampu menjadi contoh terbaik bagi ibubapa untuk mengajar anak-anak. semua ibubapa mampu untuk memberi tunjuk ajar yang terbaik untuk anak masing-masing, renung-renungkan~

2 comments:

  1. dalam tradisi Cina , setiap bayi yang baru lahir akan diberikan ujian untuk nntukan siapa dia di masa depan. nanti dorang akan bentangkan bnde2 macam pen, dakwat, ;pedang atau lain2. dan kalau dia pegang pen, maka nanti dia akan jd ahli akademik.

    ReplyDelete
  2. nice fact :) but I think for new generation mostly they will choose for swords :) haha

    ReplyDelete