Friday, 30 September 2011

C.I.N.T.A


CINTA itu fitrah yang suci, lahir dari sifat Ar-Rahim Allah sendiri. Sungguh, Allah tidak pernah melarang dan mengharamkan cinta, sebaliknya memberi petunjuk dan panduan kepada manusia agar membawa cinta itu kepada jalanNya.

Akan menghinalah mereka yang tak mengenal cinta

Sungguh cintamu padan-Nya wajar adanya

Mereka kata, cinta buat kau gila

Padahal kau orang paling faham agama

Ku katakan pada mereka

Mengapa kalian iri hati padanya?

Jawabnya

Kerana ia mencinta dan dicintai pujaan jiwa

Bila masanya Muhammad mengharamkan cinta

Dan apakah ia menghina umatnya yang jatuh cinta

Janganlah kita berlagak mulia

Dengan menyebut cinta sebagai dosa

Pedulikan apa kata orang tentang cinta

Entah yang berkata keras atau halus biasa

Bukankah manusia harus menetapi pilihannya

Bukankah kata tersembunyi tak bererti diam seribu bahasa.

Rasa nak bercinta, tidak perlu..

Kalau sudah berkenan, pendamlah hingga sampai masanya..

Tapi jangan rasa nak bercinta,kita luahkan segalanya..

Kerana luahan kita tu akan mempengaruhi kehidupan..


cinta tiada salahnya namun memerlukan masa yang betul dan tempat yang betul! tunggu sehingga mendapat keberkatan dari-Nya :) cinta adalah milik kita!

No comments:

Post a Comment