Thursday 10 November 2011

10 Tips Sayang-sayang..


1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya pasti akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa. Manusia berubah dari masa ke semasa. Tiada apa yang kekal! Nothing is permanent! Don't have your hope high. People change, friends become strangers! Lovers become friends and People Leave.

2. Sayangi dia seadanya, Terima buruk dan baiknya. Di dunia terdapat hampir 7 billion manusia dengan 7 billion personaliti. Setiap orang adalah istimewa dengan identiti sendiri so biarkan mereka begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang kerana sekali tersilap langkah pasti akan terus untuk mengubahnya. Tentu kita masih ingat, kita terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk kita mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk kita. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri kita. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya. Mempermainkan perasaan seseorang hanyalah akan menyakitkan hati kita pada masa akan datang.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan kita merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati. Jangan memaksa. Paksaan akan membuatkan rasa tidak selesa! Pastikan sama2 mendapat keselesaan agar hubungan yang dijalin lebih erat dan bermakna.

5. Yakinkan diri si dia akan keistimewaannya pada diri kita. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak kita mula terpikat padanya. Si dia adalah istimewa pada diri kita! Si dia pasti akan merasa dihargai dan diterima oleh kita seadanya. Hal ini akan mengeratkan hubungan kita.

6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan kita akan sentiasa meletakkan diri kita di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika kita sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia. Lagipun percaya adalah elemen yang amat penting! Simple thing can affet other thing. Believe one another :)

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi kita mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk menyanyanginya.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati kita kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan. At least satu message cukup untuk memuaskan hati seseorang. Satu message dapat memuaskan pasangannya kerana masih mengingati dan tidak lupa untuk bertegur~

10. Jangan cepat berbangga dengan diri kita, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak kita perolehi setelah kita berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih kita adalah kerana dia percaya bahawa kita adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Kita telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga kita berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.


bukan semua yang ditulis adalah betul! namun kebanyakkan orang mempunyai perasaan yang sama dan mahukan yang terbaek~ renung-renungkan dan selamat beramal :)

No comments:

Post a Comment