Saturday, 26 November 2011

I am your SUPERMAN!!


There are no words, 
To paint a picture of you girl. 
Your eyes and those curves,
Is like your from some other world.
You walking my way,
Oh God is so frustrating.
So why do I disappear, 
When you come near,
It makes me feel so small.
Why do I blow my lies,
Most every time,
Like I've got no chance at all.

If I could be your superman,
Flying to the stars,
And back again.
Cause every time you touch my hand,
And you feel my powers, running through your veins.
But I can only write this letter, 
And tell you, That I'm not that strong.
Cause I'm no superman,
I hope you like me as I am.


No it ain't no lie,
I have to tell you how I feel.
But each time that I try,
It gets a little more unreal.
You say my name,
Oh God I can't stop shaking.
So why do I disappear,
When you come near.
It makes me feel so small.
If I could read your mind,
Girl would I find,
Any trace of me at all.

Oh girl, you are everything.
You bring happiness and smile to me,
And I hope it will last longer,
Hopefully forever <3

Friday, 25 November 2011

Dulu-dulu tu -.-''

Entry kali ni berdasarkan pengalaman aku sebagai budak yg bru membesar :) dulu memang seronok.. aku sure some of you guys out there also face the same things :) lols bace la dulu baru tahu...

* kat skola ade salesman jual buku cerita. ari ni bg list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau. salesman susu pon camtu gak.
* kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gamba je. bile ade program Nilam, sebok semua nak pinjam buku.
* RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm....
*gosok gigi ramai2 kat tepi longkang..
* pakai pensel box yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.
* main lwn pemadam, syg nak guna utk padam. padahal itu fungsi sbnr, utk padam!
* pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu. * cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pgg pon kat situ.
* bulu ayam jd ramping krn sering dijadikan rotan.
* time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh. ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la...
* main game 2D. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape.
* jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.
* takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...
* balik skola beli JoJo xpon Dendang. Tora pon best gak. Beli se mata2 nak mainan, coklat die x mkn pon.
* Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV bole tembak alien tu...
*time waktu sekolah, org len bawak buku, kebanyakkan kite bwk keta dash, tamia pastu men dlm longkang... bwk charger g sekolah lagi... yang paling x tahan... bis satu sekolah blackout sbb charge kat plug dlm kelas....
* Siri kartun; power rangers, ultraman, ninja turtles, Thundercats, dragonball, Gaban dan mcm lg. 


Jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 x smpt lyn bende2 ni..asyik ngadap tv n ps.. 
Aku sure ade yg tersengih2 membace bende nie tp ini adalah pengalaman kite yg budak2 sekarang tak dapat kan. Jadi bersyukur la dengan ape yg kita dapat :)

Wanita dan Fesyen part 1 -.-''



Satu Soalan Buatmu Wanita,

Pandang kanan, awek shawl merah jambu ala-ala yuna. baju sendat. vogue.

Pusing kiri, awek shawl kelabu bak hana tajima. tengkuk terdedah. gorgeous.

Tengok depan, awek legging rambut rebonding paras belikat. baju lengan pendek. stylo.

Toleh belakang, awek skinny dengan blouse labuh tutup punggung. tak bertudung. heels 4 inci. WOW.

***

Satu soalan buatmu wanita,
~memang itu ke yang korang nak? berfesyen tanpa meletakkan agama di depan? fesyen didahulukan, agama dikemudiankan?

Satu soalan buatmu wanita,
~ selesa ke dengan penampilan sebegitu? menjadi perhatian kaum lelaki yang sememangnya mata keranjang? segenap tubuh diratah mata manusia?

Satu soalan buatmu wanita,
~apa tujuan korang berpakaian sedemikian? mahu tampak gah di kalangan teman-teman? sentiasa di atas? lepas tu apa? riak? takbur? bangga?

Satu soalan buatmu wanita,
~adakah dengan berbaju kurung bertudung litup korang akan dianggap kuno? adakah dengan fesyen lilit-lilit shawl akan jadikan seorang yang up-to-date? nahh~

Satu soalan buatmu wanita,
~adakah dengan berpakaian sopan akan menjejaskan kecantikan korang? akan menjadikan korang hodoh? nampak kecundang dalam dunia moden?

Satu soalan buatmu wanita,
~kalian berfesyen untuk kepuasan sendiri bukan? tapi pernahkah kalian sedar bahawa diri kalian takkan pernah puas?


Satu jawapan dari kami,
~seorang perempuan yang tertutup sempurna auratnya lebih bernilai di mata lelaki untuk dijadikan teman seumur hidup.

Satu jawapan dari kami
~kecantikan seorang wanita yang menjaga auratnya dari dipandang lelaki yang bukan halal baginya adalah lebih mahal dari dunia dan segala isinya.

Satu jawapan dari kami
~kecantikan si berbaju kurung yang bertudung takkan dapat ditandingi oleh yang lain. cantik, cun, ayu, dan sopan. apa lagi yang kalian nak?

Islam membenarkan fesyen tapi islam jugak melarang tabarruj. Allah tak suka mereka yang berlebih-lebihan. tahu? jadi bersederhanalah!~

“Sepantas mana pun kau lari untuk mengejar kepuasan dirimu, kau takkan pernah dapat mencapainya kerana kepuasanmu yang sebenar berada diantara kamu dengan penciptamu, ALLAH SWT.. Setiap perlakuan dalam diri kita pasti dinilai juga :) harap bersama kita bersatu.. 

Thursday, 24 November 2011

Ingatan kita-kita -.-''


Nak kata dah kahwin
Rasanya belum lagi
Bila tanya bila nak kahwin
Entahlah tak tau lagi..

Perangai mengalahkan orang dah kahwin
Berkepit sana sini
Padahal bukan muhrim
Ikut trend masa kini.

Nak kata tak belajar agama
Kecik-kecik mak dah hantar
Sekarang nak salah siapa kalau buat dosa
Sendiri bangang sbb tak ikut apa yg diajar..

Suruh sembahyang nanti…nanti
Bf/gf telefon terus pergi
Nak bersyukur atas nikmat tuhan tak reti-reti
Bf/gf yang topup 3ringgit tulah yg di puji..

Kalau diri dah gatal sangat
Kahwin jer cepat lagi selamat
Nie couple tak der matlamat
Sajer suka-suka penuhi syarat..

Orang couple dia nak couple
Tak sedar diri tu papa kedana
Papa ilmu papa agama
Macam mana bercinta cara islam tu nak dijana.?

Bukan mengata bukan mengumpat
Siapa suruh buat wayang tak bertempat
Kalau tak suka diri diumpat
Jangan buat perkara tak tepat..

Tulah tuhan bagi akal tak pakai
Tuhan kasi hati tak tahu menilai
Diri sendiri yang lalai
Baik buruk pun tak tahu nak nilai.

Nasib baik Tuhan tu..Maha penyayang
Itupun nasib baik umur panjang
Ada peluang mengucap panjang
Minta ampun panjat doa memanjang..


Perkara lepas jangan dikenang
Pintu taubat terbuka luas
Hidup bukan untuk bersenang-senang
Meraih dan mencari reda Allah yg maha Luas..

Tiada manusia yang tak buat silap
Bumi yang mana tak ditimpa hujan
Iman dan takwa benteng bersiap
Terimalah ia sebagai ujian..


p/s: kepada sume,, tunggula cinta dan jodoh yang telah disediakan.. pasti muncul suatu hari nanti :)

Bahasa Melayu SPM

Adik-adik yang baru nak amek SPM tu, kat sini ade beberape tips untuk korang mendapat markah yg tinggi dalam karangan Bahasa Melayu..

Karangan korang mestilah ade peribahasa yg menarik, catchy and most important masok la dengan tajuk korang tu.

Kat sini ade la beberapa peribahasa gempak utk boost markah korg tu..


1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah

2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan

3. Tiada rotan, pelempang berguna juga

4. Biar lambat asalkan tak cepat

5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi

6. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula

7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar

8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock

9. Secupak takkan jadi 18 cupak

10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkan kulit,

manusia mati meninggal dunia

11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.

12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap

13. Alang-alang mandi biar guna sabun

14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras

15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun

16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang... bisu

17. Hidup segan, mati di tanam

18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa

19. Lembu punya susu cap teko dapat nama

20. Sehari selembar benang lama-lama benang habis

21. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail

di laut (beli la pukat tunda lagi baik)

22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa

23. Membujur lalu melintang pukang

24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik

hari tak hujan

25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut

26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili

27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh belah


Menarik and sure penanda korang setuju dgn penggunaan peribahasa korang nie. Hopefully membantu la kan. dapat laa markah yg tinggi. A+ lagi :)

p/s: just gurauan dalam kebosanan :) don't take it seriously as I stated them as jokes ok :)

Friday, 18 November 2011

Did we realize?

This is wonderfuland the thoughts at the end are so true!

Never look down on anybody, unless you're helping them up.

Please read the following quietly then send it back on its journey



To realize
the value of a sister/brother
ask someone
who doesn't have one.

To realize
the value of ten years:
ask a newly
divorced couple.

To realize
the value of four years:
ask a graduate.

To realize
the value of one year:
ask a student who
has failed a final exam.

To realize
the value of nine months:
ask a mother who gave birth to a stillborn.

To realize
the value of one month:
ask a mother
who has given birth to a premature baby..

To realize
the value of one minute:
ask a person
who has missed the train, bus or plane.

To realize
the value of one-second:
ask a person
who has survived an accident.

Time waits for no one.
treasure every moment you have.

You will treasure it even more when
you can share it with someone special.
 

<3 always be there..

Thursday, 10 November 2011

10 Tips Sayang-sayang..


1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya pasti akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa. Manusia berubah dari masa ke semasa. Tiada apa yang kekal! Nothing is permanent! Don't have your hope high. People change, friends become strangers! Lovers become friends and People Leave.

2. Sayangi dia seadanya, Terima buruk dan baiknya. Di dunia terdapat hampir 7 billion manusia dengan 7 billion personaliti. Setiap orang adalah istimewa dengan identiti sendiri so biarkan mereka begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang kerana sekali tersilap langkah pasti akan terus untuk mengubahnya. Tentu kita masih ingat, kita terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk kita mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk kita. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri kita. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya. Mempermainkan perasaan seseorang hanyalah akan menyakitkan hati kita pada masa akan datang.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan kita merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati. Jangan memaksa. Paksaan akan membuatkan rasa tidak selesa! Pastikan sama2 mendapat keselesaan agar hubungan yang dijalin lebih erat dan bermakna.

5. Yakinkan diri si dia akan keistimewaannya pada diri kita. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak kita mula terpikat padanya. Si dia adalah istimewa pada diri kita! Si dia pasti akan merasa dihargai dan diterima oleh kita seadanya. Hal ini akan mengeratkan hubungan kita.

6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan kita akan sentiasa meletakkan diri kita di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika kita sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia. Lagipun percaya adalah elemen yang amat penting! Simple thing can affet other thing. Believe one another :)

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi kita mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk menyanyanginya.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati kita kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan. At least satu message cukup untuk memuaskan hati seseorang. Satu message dapat memuaskan pasangannya kerana masih mengingati dan tidak lupa untuk bertegur~

10. Jangan cepat berbangga dengan diri kita, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak kita perolehi setelah kita berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih kita adalah kerana dia percaya bahawa kita adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Kita telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga kita berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.


bukan semua yang ditulis adalah betul! namun kebanyakkan orang mempunyai perasaan yang sama dan mahukan yang terbaek~ renung-renungkan dan selamat beramal :)